Ramadan 2009
Diam tak diam dah 14 hari kita berpuasa tahun ini. Saya rasa ramadan kali ini berlalu dgn begitu cepat. Kalau tahun2 yg dulu, adakalanye saya rasa masa bergerak perlahan. Mungkin kerana bosan atau mungkin kekadang dek kurang kesabaran menghadapi cabaran. Maklumlah, kita manusia biasa, walaupun tahu bulan ini kita patut melatih diri dan meneruskan amalan2, kekadang kita tetap lemah.
Saya rasa Ramadan kali ini cabarannye mungkin kurang. Saya tak begitu tertekan dengan masa dan keadaan sekeliling yang begitu nyaman. Cuaca sepanjang Ramadan ni pun selalu hujan. Jadi suhunye lebih sejuk. Anak2 pun hanya akan ke sekolah selama 10 hari sahaja sepanjang ramadan ini.
Aiman dan Adam begitu seronok berpuasa. Tak ada rungutan langsung. Cuma kekadang nak bangun sahur tu liat sedikit. Lagi pulak, babah dia orang tak pergi Jakarta sehingga lepas raya. Jadi puasa ni, dapatlah dia melayan selera mereka membeli juadah di pasar ramadan.
Semalam kami makan nasi ambang. Siap bungkus dgn daun pisang yg diambil kat belakang rumah. Pas tu kami goreng keropok lekor yg Kak Long beli kat Terengganu. Sedap betul keropok tu. Ari ni kalau ikut menu Ramadan saya, saya akan masak Kuey Teow Daging Lada Hitam. Masakan ini saya belum pernah masak tapi pernah makan dulu. Baru jumpa resepinye. Jadi buat berubah selera, saya akan cuba. Susah sikit masak waktu puasa ni. Tak boleh rasa. Jadi masa berbuka tu suspense sikitlah. Minggu lepas, kami jemput housemate suami di Jakarta, sekeluarga berbuka dgn kami. Saya pun kononnye masak beriani Johor. Hah! Suami saya kata "Ini bukani Nasi Berani, ini Nasi Takut. Takut bubuh garam". Betullah tu. Nasi saya tawar. Tak reti angar. Nasib baik tawar, kalau masin lagi teruk. Tawar2 pun habis juga nasi yg 2kg tu. Alhamdulillah.
Ok lah, kejap lagi nak solat zohor. Lepas tu siapkan boys nak ke sekolah agama pulak. Mulai kelmarin dia org ada ujian. Oklah...SELAMAT BERAMAL!
Thursday, September 3, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)