Showing posts with label Khatan. Show all posts
Showing posts with label Khatan. Show all posts

Monday, June 1, 2009

Berkhatan

Cuti sekolah ni Aiman nak berkhatan.Jadi sabtu lalu bawak dia pergi klinik dekat rumah saya. Katanya klinik ni banyak buat servis berkhatan ni. So, dah expertlah patutnya.

Saing2 dgn Aiman, anak kawan suami saya berbangsa Cina pun nak berkhatan. Moleklah tu. Kami tak berjaya pujuk Adam berkhatan saing abang dia, jadi bila Bryan pun nak sunat sekali, Aiman ada geng.

Pagi tu Aiman dah terasa agak takut. Maklumlah, anak2 teruna saya ni tak tahan sakit. Anak2 manja jugalah. Sampai saja kat klinik, muka dia dah pucat lesi, kalau toreh pun tak keluar darah kot. Kaki tangan dia sejuk. Dah dekat turn dia, dah mula' hyperventilate'. Takut sangatlah dia.

Masuk saja, doktor tu pun suntik bius. Dan saya rasa, bius tu belum sempat berkesan, doktor dah mulakan. Apa lagi, Aiman pun terjerit-jerit. Kesian betul saya tengok dia. Doktor tu confident aje kata Aiman mungkin overact. Sampai turn Bryan, dia pun berubah wajah, dari ceria jadi sangat marah. Katanye, sakit betul. Betullah tu, Aiman bukan over. Doktor yg tak nak tunggu kejap. Atau pun biusnya sikit sangat. Aiman kata dah sampai rumah baru dia rasa biusnya. Kesian betul kat Aiman!!!

Dek kerana peristiwa ni, Adam jadi bertambah takut. Dia suruh kumpul duit, nak sunat guna GA. Tapi ,Alhamdulillah, Aiman dah beransur pulih. Hari Rabu nanti gi klinik lagi, nak bukak klamp.