Monday, June 1, 2009

Berkhatan

Cuti sekolah ni Aiman nak berkhatan.Jadi sabtu lalu bawak dia pergi klinik dekat rumah saya. Katanya klinik ni banyak buat servis berkhatan ni. So, dah expertlah patutnya.

Saing2 dgn Aiman, anak kawan suami saya berbangsa Cina pun nak berkhatan. Moleklah tu. Kami tak berjaya pujuk Adam berkhatan saing abang dia, jadi bila Bryan pun nak sunat sekali, Aiman ada geng.

Pagi tu Aiman dah terasa agak takut. Maklumlah, anak2 teruna saya ni tak tahan sakit. Anak2 manja jugalah. Sampai saja kat klinik, muka dia dah pucat lesi, kalau toreh pun tak keluar darah kot. Kaki tangan dia sejuk. Dah dekat turn dia, dah mula' hyperventilate'. Takut sangatlah dia.

Masuk saja, doktor tu pun suntik bius. Dan saya rasa, bius tu belum sempat berkesan, doktor dah mulakan. Apa lagi, Aiman pun terjerit-jerit. Kesian betul saya tengok dia. Doktor tu confident aje kata Aiman mungkin overact. Sampai turn Bryan, dia pun berubah wajah, dari ceria jadi sangat marah. Katanye, sakit betul. Betullah tu, Aiman bukan over. Doktor yg tak nak tunggu kejap. Atau pun biusnya sikit sangat. Aiman kata dah sampai rumah baru dia rasa biusnya. Kesian betul kat Aiman!!!

Dek kerana peristiwa ni, Adam jadi bertambah takut. Dia suruh kumpul duit, nak sunat guna GA. Tapi ,Alhamdulillah, Aiman dah beransur pulih. Hari Rabu nanti gi klinik lagi, nak bukak klamp.

4 comments:

  1. hahahaha...aku dah lalui pengalaman ngeri tu...bila aku ada anak, aku dapat seorang anak lelaki...tu jer satu alat alat. jadi bila musthofa anak aku bersunat dia darjah 4, riuh rendah akak dia dalam rumah sebab dia tak pakai kain..dia pakai baju jerjalan dalam rumah...kalau ada orang datang baru dia cari kain..kau bayangkan lah ha...macam macam budak budak ni

    ReplyDelete
  2. Ha'ah, Aiman pun macam tu. Geram juga. Masa baru2 tu ok lagi, dah lepas bukak klamp tu dia nyilu. Satu hari tu saya paksa dia cuba pakai undies. Melalak jugalah beberapa jam. Saya buat derk aje. Dah penat melalak, cuba juga pakai. Boleh pun. Petang tu dah pegi main basikal. Semalam dah pegi swimming. Saje nak test sabor mak dia.

    ReplyDelete
  3. anak aku kata..bah seronok jugak sunat...ramai orag datang beri duit...sunat banyak kali pun tak per...mak dia kata..hieessss...mana boleh sunat banyak kali...semua kami ketawa...dia pulak kuat makan dan tak pantang...2 minggu baru baik..betullll....macam macam ha

    ReplyDelete
  4. Salam. Hai Aiman dah jadi teruna. Welcome to the adult world. Still a long way to go. Emmm... gitu le Ha kalau kita ada anak jantan. Nak buat camna... kena lalui juga.

    ReplyDelete